To: Tan Sri Khalid Ibrahim,
Markas Kempen P094, Hulu Selangor
From: Mohamed Azmin Ali
Subject: Isu Yang Boleh di bangkitkan oleh BN terhadap Zaid Ibrahim
Date : 5 April 2010
Tinjauan kami mendapati bahawa BN/UMNO akan bangkitkan isu berikut berkenaan Dato Zaid Ibrahim sebagai calon di P094 Hulu Selangor.
1. PERIBADI
A. Isu moral – Zaid dikenali sebagai kaki minum dan juga gemar berjudi di kasino.
B. Zaid tiada asas agama, malahan dia pernah saman Pas berkenaan hukum hudud
C. Pernah membohongi orang sewaktu menjadi MP Kota Bharu.
D. Tidak jujur dan amanah – Zaid terlibat isu merampas harta Umno
di Kota Bharu
E. Orang Umno pernah mengadu Zaid banyak tipu muslihat – dia juga pandai menyeleweng isu
F. Pendendam - Zaid lama dikenali sebagai seorang yang sanggup berpatah arang dan berkerat rotan bila memusuhi sesiapa pun.
G. Zaid juga ‘maverick’ dalam Umno, dia tidak taat kepada ketua, suka bertindak sendiri dan membelakangi organisasi
2. DASAR PERJUANGAN
A. Zaid pernah tolak hukum hudud dan pernah bawa isu hudud PAS ke Makhamah, Amat sukar bagi kita meletakkan Zaid bersama Pas atas pentas yang sama
B. Kurang semangat Melayu – sejak awal Iagi Zaid amat liberal dan setuju hapus DEB, isu yang sensitive bagi ramai orang Melayu
C. Matlamat halalkan cara ia itu Zaid menggunakan apa saja cara untuk dapatkan kuasa. Di Kota Bharu, Zaid dikenali sebagai membelanja jutaan ringgit untuk rebut jawatan ketua UMNO Kota Bharu (semasa cabar Dato Rastom).
D. Selalu mahu sistem yang ada untuk diganti dengan cara dan pandangan sendiri walaupun parti jadi taruhan.
Inilah yang mengakibatkan Zaid tersingkir dari Umno.
E. Berkiblat kepada barat, malah Zaid lebih barat dari barat.
F. Mengutamakan yang kaya, yang miskin dibiarkan. Seperti mana dilihat orang yang mengelilinginya, kebanyakannya orang kaya sahaja. Zaid paling kurang bergaul dengan orang biasa
G. Kepentingan diri - Zaid tidak akan buat sesuatu yang boleh merugikan dirinya.
3. REKOD SEWAKTU MENJADI AHLI PARLIMEN KOTA BHARU.
A. Membuat sogokan untuk menang pilihanraya dan juga semasa merebut jawatan parti Umno. Akhirnya Zaid tersingkir dari Umno atas kesalahan rasuah juga. BN akan mainkan isu ini berulang kali.
B. Pernah membuat pelbagai janji kepada kaum Cina dan India tapi bila menang pilihanraya janji tinggal janji sahaja
C. Tak ada satu pun peninggalan beliau yang boleh dibangga oleh rakyat.
D. Mengutamakan kroni dan puak
E. Tak turun padang dan rakyat sukar menemuinya.
Di Kota Bharu Zaid bercakap ‘tinggi’ kepada pengundi yang tidak faham apa maksudnya
F. Program2 bersifat agama tidak diminati – Zaid cukup benci mendengar sebarang ceramah agama atau isu berkenaan Islam.
4. PENGALAMAN SEBAGAI KETUA BAHAGIAN
A. Mempertaruh jutaan ringgit untuk memenangi Ketua Bahagian Kota Bharu.
B. Pernah digantung keahlian kerana rasuah politik dan dipecat menjadi ahli UMNO.
C. Mengambil kesempatan menjadikan harta UMNO sebagai miliknya - contoh bagunan UMNO Kota Bharu ditukar menjadi milik persendirian dan hendak dijual olehnya.
D. Mengamalkan politik cantas dan membelakangi struktur parti – ini jelas sewaktu Zaid dalam UMNO dan juga sekarang dalam PKR.
E. Projek dan peruntukan diagih kepada puak dan kroni.
F. Tidak sependapat dengan pemimpin lain dan sentiasa bertindak sendiri
G. Pengarah Bomba Kelantan pernah dipukul oleh pengikutnya didepan mata Zaid sendiri.
H. Ditolak oleh parti dan rakyat bila tidak cukup pencalunan bertanding Ketua Bahagian.
5. SEKIRANYA ZAID DIPILIH
A. Ia akan menjadi kejayaan peribadi bagi Zaid, bukan kejayaan rakyat
B. Tidak dilihat sebagai orang yang mampu berbuat apa2 untuk rakyat kerana ia lebih untuk kepentingan diri.
C. Akan memalukan Pas kerana stail Zaid saman Pas berkenaan isu hudud.
D. Tidak mustahil apa yang terjadi di Kota Bharu akan berlaku dh Hulu Selangor.
Atas sebab-sebab yang disenaraikan, sebarang usaha untuk meletak Dato Zaid sebagai calun harus dikaji sedalam-dalamnya impak.
Sekian untuk makluman
Azmin Ali
mza/5.03.10 sent via Blackberry
Posted by The Unspinners at 11:34 AM
1 comments:
Salam Perjuangan..
Kami dari Unit Media Wangsa Maju amat teruja dengan pengendalian blog anda yang memaparkan artmembongk arikel2 yang berani dan tangkas.
Kami berharap kita dapat berkongsi idea dalam menyiarkan artikel2 yang mampu menyedarkan masyarakat tentang taktik2 kotor pembangkang.
Kami juga akan membantu anda dalam memberi penerangan dan membongkar taktik kotor pembangkang.
Layari blog kami di www.mediawangsamaju.blogspot.com dan beri komen2 yang bernas serta cadangan bagi memantapkan artikel2 kami.
Kami juga mengalu2kan penyertaan blog anda sebagai Follower kami.
Ketua UMNO Bhg. Wangsa Maju, Dato' Dr. Mohd Shafei Abdullah menyampaikan Salam Kasih khas buat anda.
Sekian dari,
AMAT
Crew Unit Media Wangsa Maju.
Post a Comment